KETIKA HATI BERFATWA : Serban Putih
- Khalilah Salleh
- Dec 4, 2020
- 2 min read

Kisah buku ini berada pada tangan saya ialah hadiah daripada seorang rumet. Terima kasih rumet kerana hadiah buku yang cantik ini dan sangat bermanfaat ini. Jadi di sini ada sedikit perkongsian pendapat saya tentang buku ini.
Penulis : Serban Putih
Penerbit : Nukilan Biruni
Harga : Rm25
Pertamanya saya nak ceritakan sedikit tentang penulis yang dikhabarkan berasal dari Singapura. Buku ini terdiri daripada dua bahagian iaitu satu bahagian adalah cerita pendek dan bahagian lainnya ialah puisi atau kata-kata yang dinukilkan oleh penulis sendiri. Saya kira walaupun pendek namun memberikan impak yang besar.
KULIT BUKU
Dari segi kulit buku pada first impression saya ialah macam kita umpamakan kitalah yang berlayar di lautan seorang diri kat dunia ini. Warna yang digunakan sangat menarik yang membuatkan saya rasa nak baca buku ni. Bagi saya elemen manusia di dalam sampan tersebut ialah diumpamakan sebagai diri kita yang berada dalam dunia ni di tengah malam mungkin kelegepan membuatkan kita takut namun di sebalik kegelapan tu adanya kebahagiaan yang boleh kita kecepi dengan pemandangan kaki langit yang sangat indah. Subhanallah. Cantik sungguh.
Untuk kulit buku saya bagi 5/5
ISI KANDUNGAN BUKU
Satu bahagian adalah tentang cerita -cerita Islamik ringkas yang datang dengan cerita dan juga ulasan pengajarannya setelag cerita tersebut digarap oleh penulis. Hal ini buatkan saya selaku pembaca mudah faham apa maksud disebalik cerita ini yang disampaikan.
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil meskipun buku ini tak adalah tebal sangat namun saya kira mungkin dalam 20 hingga ke 30 cerita pendek juga lah. Buku ini pada bahagian tengah ada kata-kata atau puisi yang ditulis oleh penulis tentang isu-isu yang dekat dengan hati dan jiwa kita sebagai orang muda atau dewasalah saya katakan.
Untuk isi kandungan buku ni saya rate 5/5 juga
dan saya nak bawakan satu kisah menarik yang saya rasa terkesan di hati di mana kalau kita tak nak orang kata negatif atau berprasangka dengan kita baiklah kita jangan expose atau tunjuk tentang diri kita kepada khalayak sebagai mana dah diceritakan dalam satu kisah pendek dalam buku ini.


Tahniah Serban Putih , santai tapi sampai. InshaAllah saya akan selalu rujuk buku ini untuk makanan minda dan jiwa saya.
Comments