MALAIKAT DI BARAT SYAITAN DI TIMUR : Haeme Hashim
- Khalilah Salleh
- Dec 16, 2020
- 2 min read


Ok gais buku ni aku beli dekat SMO KB Mall tak silap aku masa awal tahun ni. Tapi baru sekarang baru habis baca.
Harga buku : RM25
Penulis: Haema Hashim
Penerbit: Write&Brave
KULIT BUKU
First impression aku kat buku ni adalah wah tajuk dia menariknya. Pastu dengan gambar menara. Tapi kenapa gambar dia tu dia terbalikkan KLCC. Jadi aku belilah. Aku dapat rasa ni buku pasal travel and kalau tengok sinopsis dari kulit buku ni pun best nampak "RARE"
ISI KANDUNGAN
Isi kandungan dalam buku ni secara asasnya tentang pengalaman penulis yang belajar dan melancong ke negara-negara Barat.
Mestilah buku ni terdiri daripada 2 bahagian iaitu apa itu MALAIKAT DI BARAT dan bagaimanakah SYAITAN DI TIMUR itu.
Apa yang dibawakan adalah banyak mengenai gaya hidup dan juga sikap mereka semasa bergaul, menunggu pengangkutan awam, seni bina, corak perbelanjaan negara, negarawan mereka dan banyak. Penulis ni sentuh semua aspek yang dia nampak dan utarakan dalam buku ini dari sudut pandang berdasarkan pengetahuan dan pengalaman penulis. Bila baca tu rasa macam eh nak kena pergi ni tengok sendiri untuk tengok BAGUS SANGATKAH orang Barat ni. Jadi ni bahagian pertama dan bahagian kedua ialah penulis mengkritik sikap-sikap pemimpin tempat, cara pemikiran, corak gaya hidup masyarakat Timur, amalan harian mereka yang mana memberikan impak negatif yang mungkin saya sendiri yang baca pernah buat apa yang dinyatakan. Hmm sungguh mengecewakan. Namun lepas baca buku ini saya rasa bagai nak jadi seorang warganegara yang bertamadun.
Jadi sebenarnya penulis telah meembuat perbandingan antara budaya Barat dan budaya Timur di mana bagi penulis di Barat banyak aspek yang baik dan tingkah laku yang dipraktikkan oleh mereka kerana itulah 'Malaikat' itu dijadikan sebagai perempamaan dan di Timur terlalu banyak perkara negatif yang masyarakat lakukan sehingga merosakkan negara kerana itulah perkataan 'Syaitan' itu muncul.
Jadi buku ni saya ratekan 4.5/5.
Akhir buku ni penulis mengucapkan terima kasih kepada pembaca dengan berkata
"Terima kasih para 'Malaikat' dan 'Syaitan'
Berfikir sejenak di manakah aku ?
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa serta kesalahan yang kita lakukan.
Comments